Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Program Matrikulasi
Assalamualaikum ๐
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ataupun singkatannya JPP merupakan badan pelajar utama bukan sahaja di Kolej Matrikulasi malah juga di Politeknik serta Institut Perguruan di seluruh negara. JPP ditubuhkan di institusi-institusi pendidikan tersebut di bawah Seksyen 7 Akta 174 iaitu Akta Institusi-institusi Pelajaran (tatertib) 1976. JPP berfungsi sebagai sebagai badan yang membela kebajikan pelajar di samping menjadi saluran untuk suarakan suara-suara pelajar . Di samping itu, JPP juga adalah badan pelaksana sebahagian aktiviti-aktiviti kolej serta melaksanakan arahan daripada pihak kolej.
Di Kolej Matrikulasi, JPP adalah di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan akan dikendalikan oleh Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar (PPHEP). JPP akan dianggotai oleh 20 orang ahli. Untuk menjadi ahli JPP anda perlu bertanding dalam Pilihanraya Kolej yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Kolej (SPRK).
Notis Pilihanraya yang mengandungi tarikh-tarikh penting berkaitan Pilihanraya akan dikeluarkan oleh pihak HEP dan akan ditampal di papan-papan kenyataan seluruh kolej.
Borang pencalonan boleh didapatkan di kaunter HEP. Semasa kempen pilihanraya, calon-calon pilihanraya bolehla menampal poster masing-masing di seluruh kawasan kolej yang dirasakan strategik sebagai strategi kempen.
Di KMPP, Pengerusi dan Naib Pengerusi Badan Dakwah (ANC) akan secara automatik dilantik menjadi ahli JPP tanpa perlu bertanding dalam pilihanraya dan mereka akan memegang jawatan sebagai Exco Kerohanian. Maka hanya 18 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan untuk Pilihanraya. Dalam 18 kerusi, 4 kerusi adalah untuk pelajar Modul 1, 3 kerusi untuk Modul 2, 3 kerusi untuk Modul 3, 3 kerusi untuk pelajar PDT Sem 3, 2 kerusi untuk PDT Sem 1 dan 3 kerusi untuk pelajar Akaun. Sebagai contoh, jika 10 orang pelajar modul 1 bertanding dalam pilihanraya, 4 calon dengan undian tertinggi akan memenangi kerusi untuk Modul 1.
Selepas memenangi pilihanraya, calon yang menang akan diberikan jawatan masing-masing dalam JPP. Berikut adalah jawatan-jawatan dalam JPP :
- Yang di Pertua (YDP)
- Naib Yang di Pertua (NYDP)
- Setiuasaha Agung
- Setiausaha 1
- Setiausaha 2
- Bendahari
(6 Ahli JPP di atas adalah ahli Majlis Tertinggi JPP)
- Exco Sukan dan Kebudayan (2 Org)
- Exco Kebajikan (2 Org)
- Exco Perhubungan Luar (2 Org)
- Exco Kerohanian
- Exco Sahsiah dan Keselamatan (2 Org)
- Exco Penerangan dan Penerbitan (2 Org)
- Exco Akademik (2 Org)
2 Orang Exco akan mengetuai 1 Biro. Sebagai contoh, 2 orang Exco Kebajikan akan mengetuai Biro Kebajikan. Setiap biro akan dianggotai oleh Ahli Biro. Pemilihan ahli biro dijalankan oleh setiap Exco Biro masing-masing.
Selepas pilihanraya, Majlis Watikah Pelantikan akan diadakan dan akan disaksikan oleh warga kolej yang terdiri daripada semua pelajar dan pensyarah. Kemudian, JPP akan menghadiri satu kursus yang dinamakan sebagai Kursus Kepimpinan JPP yang mengumpulkan JPP dari setiap Kolej Matrikulasi . Semasa kursus tersebut, ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (MJPP) akan dilantik. MJPP dianggotai oleh YDP dan Setiausaha Agung setiap kolej. Fungsi MJPP adalah untuk membantu menyelaras aktiviti-aktiviti di seluruh Kolej Matrikulasi serta menjadi penghubung terus antara kolej dengan Bahagian Matrikulasi. Di samping menjadi wadah untuk berkenal-kenalan, kursus ini adalah platform yang baik untuk ahli-ahli JPP saling bertukar pendapat dan berkongsi idea.
Di setiap kolej, JPP diperuntukkan dengan satu bilik gerakan. Setiap ahli JPP bebas untuk keluar masuk bilik gerakan ini pada bila-bila masa dan dikhaskan untuk ahli JPP sahaja. Bilik ini digunakan untuk mesyuarat dan kerja-kerja lain seperti persediaan untuk aktiviti-aktiviti JPP. Bilik gerakan ini juga menjadi tempat untuk ahli-ahli JPP mengulang kaji pelajaran.
Itu sahaja maklumat yang boleh dikongsikan mengenai JPP. Diharapkan maklumat yang tak seberapa ini bermanfaat untuk semua. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca.
P.S. Gambar-gambar di atas adalah beberapa aktiviti JPP KMPP 16/17
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ataupun singkatannya JPP merupakan badan pelajar utama bukan sahaja di Kolej Matrikulasi malah juga di Politeknik serta Institut Perguruan di seluruh negara. JPP ditubuhkan di institusi-institusi pendidikan tersebut di bawah Seksyen 7 Akta 174 iaitu Akta Institusi-institusi Pelajaran (tatertib) 1976. JPP berfungsi sebagai sebagai badan yang membela kebajikan pelajar di samping menjadi saluran untuk suarakan suara-suara pelajar . Di samping itu, JPP juga adalah badan pelaksana sebahagian aktiviti-aktiviti kolej serta melaksanakan arahan daripada pihak kolej.
Di Kolej Matrikulasi, JPP adalah di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan akan dikendalikan oleh Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar (PPHEP). JPP akan dianggotai oleh 20 orang ahli. Untuk menjadi ahli JPP anda perlu bertanding dalam Pilihanraya Kolej yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Kolej (SPRK).
Notis Pilihanraya yang mengandungi tarikh-tarikh penting berkaitan Pilihanraya akan dikeluarkan oleh pihak HEP dan akan ditampal di papan-papan kenyataan seluruh kolej.
Notis pilihanraya untuk sesi 16/17 di KMPP |
Di KMPP, Pengerusi dan Naib Pengerusi Badan Dakwah (ANC) akan secara automatik dilantik menjadi ahli JPP tanpa perlu bertanding dalam pilihanraya dan mereka akan memegang jawatan sebagai Exco Kerohanian. Maka hanya 18 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan untuk Pilihanraya. Dalam 18 kerusi, 4 kerusi adalah untuk pelajar Modul 1, 3 kerusi untuk Modul 2, 3 kerusi untuk Modul 3, 3 kerusi untuk pelajar PDT Sem 3, 2 kerusi untuk PDT Sem 1 dan 3 kerusi untuk pelajar Akaun. Sebagai contoh, jika 10 orang pelajar modul 1 bertanding dalam pilihanraya, 4 calon dengan undian tertinggi akan memenangi kerusi untuk Modul 1.
Selepas memenangi pilihanraya, calon yang menang akan diberikan jawatan masing-masing dalam JPP. Berikut adalah jawatan-jawatan dalam JPP :
- Yang di Pertua (YDP)
- Naib Yang di Pertua (NYDP)
- Setiuasaha Agung
- Setiausaha 1
- Setiausaha 2
- Bendahari
(6 Ahli JPP di atas adalah ahli Majlis Tertinggi JPP)
- Exco Sukan dan Kebudayan (2 Org)
- Exco Kebajikan (2 Org)
- Exco Perhubungan Luar (2 Org)
- Exco Kerohanian
- Exco Sahsiah dan Keselamatan (2 Org)
- Exco Penerangan dan Penerbitan (2 Org)
- Exco Akademik (2 Org)
2 Orang Exco akan mengetuai 1 Biro. Sebagai contoh, 2 orang Exco Kebajikan akan mengetuai Biro Kebajikan. Setiap biro akan dianggotai oleh Ahli Biro. Pemilihan ahli biro dijalankan oleh setiap Exco Biro masing-masing.
Selepas pilihanraya, Majlis Watikah Pelantikan akan diadakan dan akan disaksikan oleh warga kolej yang terdiri daripada semua pelajar dan pensyarah. Kemudian, JPP akan menghadiri satu kursus yang dinamakan sebagai Kursus Kepimpinan JPP yang mengumpulkan JPP dari setiap Kolej Matrikulasi . Semasa kursus tersebut, ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (MJPP) akan dilantik. MJPP dianggotai oleh YDP dan Setiausaha Agung setiap kolej. Fungsi MJPP adalah untuk membantu menyelaras aktiviti-aktiviti di seluruh Kolej Matrikulasi serta menjadi penghubung terus antara kolej dengan Bahagian Matrikulasi. Di samping menjadi wadah untuk berkenal-kenalan, kursus ini adalah platform yang baik untuk ahli-ahli JPP saling bertukar pendapat dan berkongsi idea.
Kursus bagi sesi 16/17 diadakan di KMK |
Itu sahaja maklumat yang boleh dikongsikan mengenai JPP. Diharapkan maklumat yang tak seberapa ini bermanfaat untuk semua. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca.
The Great Escape
AJK Pelaksana Mai Fest |
JPP Gala Dinner |
Keluaga besar JPP KMPP 16/17 |
P.S. Gambar-gambar di atas adalah beberapa aktiviti JPP KMPP 16/17
Comments
Post a Comment