A Brief Info About KMPP

Assalamualaikum 😊
Welcome everyone 😉


Bangunan Pentadbiran

     KMPP aka Kolej Matrikulasi Paling Popular 😂 adalah antara Kolej Matrikulasi tertua dalam kalangan Kolej-kolej Matrikulasi yang lain. Terletak di pekan Kepala Batas yang pesat membangun, lokasi Kolej ini adalah strategik  jika dibandingkan dengan Kolej-kolej lain yang kebanyakannya terletak di pedalaman ataupun di tengah-tengah ladang kelapa sawit.

     Nisbah pelajar lelaki kepada perempuan adalah 1:2. Terdapat 15 Blok Kediaman Pelajar yang dikenali sebagai 'Kompel'. 10 Blok Pelajar Perempuan serta 5 Blok Pelajar Lelaki . Setiap Blok mempunyai 4 aras. Setiap blok akan diketuai oleh seorang Ketua Blok dan akan dibantu oleh Ketua-ketua aras yang akan dipilih semasa perjumpaan blok yang akan dikendalikan oleh Felo blok masing-masing di Bilik TV.

     4 Kafeteria disediakan. Cafe A dan Cafe B terletak di Kompel Pelajar Perempuan, Cafe C di Kompel Pelajar Lelaki manakala Cafe D terletak berhampiran dengan kawasan Bangunan-bangunan Akademik. Cafe A,B dan C beroperasi setiap hari sehingga pukul 11 malam. Pelajar bebas untuk makan di mana-mana kafe yang menjadi pilihan tetapi pelajar lelaki hanya boleh berada di Kafe A dan B sehingga pukul 9 malam sahaja. Begitu juga dengan pelajar perempuan yang boleh berada di Kafe C sehingga pukul 9 malam sahaja. Kafe D beroperasi di hari 'weekday' dan sehingga petang sahaja. Ada juga koperasi yang menjual barangan keperluan pelajar serta menyediakan perkhidmatan 'photostat'.

     2 Aliran ditawarkan di KMPP. Aliran Akaun dan Aliran Sains. Terdapat dua program untuk aliran sains. Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Pelajar aliran sains dibahagikan kepada tiga modul iaitu Modul 1, 2 dan 3. Pemilihan modul ditentukan oleh pihak kolej berdasarkan prestasi SPM. Namun begitu, pelajar boleh membuat rayuan untuk menukar modul. Untuk aliran sains, kelas subjek sains dibahagikan kepada 3 jenis. Kuliah, Amali dan Tutor. Kelas bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga pukul 5 petang bergantung kepada jadual masing-masing. Jadual pelajar Modul 1 lebih padat berbanding jadual pelajar modul 2 dan 3 dan Jadual Pelajar Sains jauh lebih padat berbanding jadual Pelajar Akaun.


Bangunan Dewan Kuliah

Bangunan Serba Guna (BSG)
Bilik Tutor

     Pelbagai badan, kelab dan persatuan terdapat di KMPP. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) merupakan badan utama di KMPP dan juga di setiap Kolej Matrikulasi seluruh negara. Untuk menjadi ahli JPP anda perlu bertanding dalam Pilihanraya Kolej yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Kolej (SPRK). JPP menjalankan tugas-tugas menjaga kebajikan pelajar di samping membantu melaksanakan arahan daripada pihak kolej. Pada masa yang sama, terdapat juga badan-badan seperti Pembimbing Rakan Dinamik (PRD), Sekretarian Rukun Negara (SRN), Annur Committee (ANC), Sahabat Yadim dan JAKTEE. JAKTEE akan dianggotai secara automatik oleh Ketua-ketua Praktikum dan Penolong-penolong Ketua Praktikum. Ada juga kelab-kelab berorientasikan akademik seperti Kelab Astronomi, Kelab Al-Chemy, Kelab Biologi dan banyak lagi. Penyertaan dalam badan, kelab dan persatuan di KMPP adalah langkah terbaik untuk mengumpul markah kokurikulum serta merupakan medium terbaik untuk membina 'soft skill'.

    Sepanjang pengajian di KMPP, akan terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan untuk setiap sesi. Antaranya ialah Mini KAKOM. Mini KAKOM adalah satu kejohanan peringkat Kolej. Bola Sepak, Bola Tampar serta Badminton adalah antara permainan yang dipertandingkan semasa Mini KAKOM. Mini KAKOM juga adalah platform untuk memilih atlet-atlet yang akan mewakili Kolej untuk KAKOM. KAKOM adalah singkatan kepada Karnival Kokurikulum Matrikulasi yang merupakan satu kejohanan yang menggabungkan Kolej-kolej matrikulasi yang lain. KMPP merupakan tuan rumah KAKOM pada tahun 2016 dan telah muncul sebagai juara keseluruhan.

     Selain itu, pihak Kolej juga akan menganjurkan Larian Kakom, Sambutan Ambang Merdeka, Karnival Sains dan banyak lagi aktiviti untuk pelajar. Ada juga aktiviti yang dianjurkan oleh badan-badan di KMPP seperti MEMORI yang dianjurkan oleh ANC. MEMORI adalah Minggu Evolusi Minda Optimis Remaja Islam. JPP pula ada menganjurkan MaiFest yang menggabungkan KMPP Got Talent, Night Market@KMPP dan MaiFest Games dalam satu hari.
Larian KAKOM
KMPP Got Talent
MEMORI

Sekitar kemeriahan Night Market@KMPP
     Akhir kalam, Diploma, Tingkatan 6 dan Program Matrikulasi masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Program Matrikulasi merupakan program 'Fast Track' ke 'Degree'. Corak pembelajaran Matrikulasi adalah sangat pantas berbanding dengan Diploma dan Tingkatan 6. Jadi, perbetulkan niat, cekalkan jiwa dan tabahkan semangat untuk pengajian selama setahun ini. Apa yang penting adalah usaha, doa dan tawakal. Insya Allah berjaya. All the best semua 👍.

P.S. semua maklumat di atas adalah berdasarkan pengalaman sepanjang bergelar pelajar KMPP. Mungkin akan terdapat perubahan dari semasa ke semasa yang dilakukan oleh Pihak Kolej mahupun Bahagian Matrikulasi. Walau apa pun, terima kasih kerana luangkan masa untuk membaca artikel ini 😊. Harap membantu 😉.




Comments

Popular posts from this blog

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Program Matrikulasi