Posts

Showing posts from May, 2017

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Program Matrikulasi

Image
Assalamualaikum 😊    Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ataupun singkatannya JPP merupakan badan pelajar utama bukan sahaja di Kolej Matrikulasi malah juga di Politeknik serta Institut Perguruan di seluruh negara. JPP ditubuhkan di institusi-institusi pendidikan tersebut di bawah Seksyen 7 Akta 174 iaitu Akta Institusi-institusi Pelajaran (tatertib) 1976. JPP berfungsi sebagai sebagai badan yang membela kebajikan pelajar di samping menjadi saluran untuk suarakan suara-suara pelajar . Di samping itu, JPP juga adalah badan pelaksana sebahagian aktiviti-aktiviti kolej serta melaksanakan arahan daripada pihak kolej.    Di Kolej Matrikulasi, JPP adalah di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan akan dikendalikan oleh Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar (PPHEP). JPP akan dianggotai oleh 20 orang ahli. Untuk menjadi ahli JPP anda perlu bertanding dalam Pilihanraya Kolej yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Kolej (SPRK). Notis Pilihanraya yang mengandungi tarikh-tarikh pent

A Brief Info About KMPP

Image
Assalamualaikum 😊 Welcome everyone 😉 Bangunan Pentadbiran      KMPP aka Kolej Matrikulasi Paling Popular 😂 adalah antara Kolej Matrikulasi tertua dalam kalangan Kolej-kolej Matrikulasi yang lain. Terletak di pekan Kepala Batas yang pesat membangun, lokasi Kolej ini adalah strategik  jika dibandingkan dengan Kolej-kolej lain yang kebanyakannya terletak di pedalaman ataupun di tengah-tengah ladang kelapa sawit.      Nisbah pelajar lelaki kepada perempuan adalah 1:2. Terdapat 15 Blok Kediaman Pelajar yang dikenali sebagai 'Kompel'. 10 Blok Pelajar Perempuan serta 5 Blok Pelajar Lelaki . Setiap Blok mempunyai 4 aras. Setiap blok akan diketuai oleh seorang Ketua Blok dan akan dibantu oleh Ketua-ketua aras yang akan dipilih semasa perjumpaan blok yang akan dikendalikan oleh Felo blok masing-masing di Bilik TV.      4 Kafeteria disediakan. Cafe A dan Cafe B terletak di Kompel Pelajar Perempuan, Cafe C di Kompel Pelajar Lelaki manakala Cafe D terletak berhampiran dengan