Assalamualaikum 😊 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ataupun singkatannya JPP merupakan badan pelajar utama bukan sahaja di Kolej Matrikulasi malah juga di Politeknik serta Institut Perguruan di seluruh negara. JPP ditubuhkan di institusi-institusi pendidikan tersebut di bawah Seksyen 7 Akta 174 iaitu Akta Institusi-institusi Pelajaran (tatertib) 1976. JPP berfungsi sebagai sebagai badan yang membela kebajikan pelajar di samping menjadi saluran untuk suarakan suara-suara pelajar . Di samping itu, JPP juga adalah badan pelaksana sebahagian aktiviti-aktiviti kolej serta melaksanakan arahan daripada pihak kolej. Di Kolej Matrikulasi, JPP adalah di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan akan dikendalikan oleh Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar (PPHEP). JPP akan dianggotai oleh 20 orang ahli. Untuk menjadi ahli JPP anda perlu bertanding dalam Pilihanraya Kolej yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Kolej (SPRK). Notis Pilihanraya yang mengandungi...